Thursday, May 19, 2022

Sambutan Krismas perkukuhkan silaturahim

Secara Rawak

PADAWAN: Sambutan perayaan Krismas pada tahun ini dilihat lebih meriah berbanding tahun lalu dengan sedikit kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Tinjauan  di Kampung Danu, Puncak Borneo mendapati aktiviti kunjung-mengunjung dalam kalangan ahli keluarga yang berbeza kaum dan agama tetap rancak.

Malah cuaca yang cerah menjadikan perayaan Krismas hari ini platform terbaik bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan serta institusi kemasyarakatan di negeri ini.

Menurut Lynch Cowan, 26, beliau teruja menyambutnya kerana ahli keluarga dari Semenanjung dapat balik dan meraikan bersama-sama selepas beberapa tahun tidak bertemu.

“Krimas adalah masa untuk kita berkumpul dan berkongsi kegembiraan bersama serta memperkukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain.

“Malah amalan berkunjung yang diamalkan sejak dulu lagi masih diteruskan bagi memastikan kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum di negeri ini kekal terpelihara,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun, katanya sambutan tetap diraikan dengan pematuhan SOP dan tidak berkumpul terlalu ramai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru