Thursday, May 19, 2022

Ancaman Omicron: Sarawak perketat kawalan pintu masuk

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkata, Kerajaan Sarawak telah meningkatkan kawalan pintu masuk antarabangsa ke negeri berkenaan.

Menurut Khairy, sejak 22 Disember lepas, kerajaan negeri telah mewajibkan semua pengembara dari luar negara dikuarantin di Pintu Masuk Antarabangsa yang pertama di Malaysia.

” Langkah berkenaan dilakukan sebelum pengembara dibenarkan memasuki Sarawak atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 varian Omicron yang disyaki penularan tempatan melibatkan seorang lelaki China yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching.

Lelaki berkenaan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara sejak tiga tahun lepas kini dalam keadaan stabil dan sedang dikuarantinkan di pusat kuarantin dan rawatan di bawah Hospital Umum Sarawak.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pengembara yang tiba di Sarawak juga diwajibkan memiliki keputusan RT-PCR negatif sebelum diberi pelepasan kuarantin .

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru