Thursday, August 18, 2022

KPDNHEP umum kajian SHMKM dalam masa terdekat

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kajian akhir untuk menentukan sama ada Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) perlu diteruskan atau sebaliknya.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan membuat pengumuman pengumuman setelah kajian tersebut selesai dalam masa terdekat.

SHMKM yang bermula pada 7 hingga 31 Disember di seluruh negara itu berfungi untuk mengawal harga maksimum 12 jenis barang.

“Dalam pada itu, sehingga 23 Disember lalu sebanyak 20,134 premis telah diperiksa dan hanya 62 atau 0.3 peratus tindakan kes telah dikenakan ke atas peniaga yang dikesan melakukan kesalahan di bawah skim harga maksimum ini. Ia satu angka yang sangat kecil.

“Ia merangkumi kesalahan menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan dan tidak meletakkan tanda harga khas pada barangan terkawal,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata demikian pada sidang media selepas pemeriksaan harga pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2021 di Farley Mall, di sini, hari ini.

Bagi SHMMP Krismas yang bermula 23 Disember lalu, katanya tiada aduan diterima atau tindakan kes diambil oleh pihak kementerian ke atas peniaga hasil daripada pemeriksaan ke atas 1,060 premis di seluruh negara.

“Ini menunjukkan tahap kepatuhan peniaga adalah amat tinggi sepanjang dua hari pelaksanaan skim dan diharap ia akan berterusan,” katanya sambil memberitahu skim melibatkan barangan kategori ayam, telur ayam, sayur, daging kambing dan daging babi itu dilaksana hingga 31 Disember ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru