Tuesday, January 18, 2022

Petronas hulur sumbangan Krismas

Secara Rawak

MUKAH: Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan bersempena musim perayaan Krismas kali ini, Petronas Sarawak tampil turun padang di Dalat menghulurkan sumbangan kepada komuniti di sini. B

ertempat di Dewan Kompleks Kebajikan Dalat seramai 80 orang penerima hadir daripada 200 penerima secara keseluruhan dalam program berkenaan.

Pengurus Besar Petronas Sarawak Zuhaili Mohd Mantali menjelaskan program berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan pihaknya apabila tibanya musim perayaan utama yang disambut di Malaysia.

Sejak dilaksanakan program berkenan dari Lundu sehingga ke Lawas, kali ini pihaknya memilih Dalat sebagai tumpuan utama. “Harapan kami di Petronas berharap dapat berkongsi kemeriahan menyambut rismas dan perpaduan dalam masyarakat dapat kita kekalkan.

“Diharapkan juga melalui sumbangan ini dapat meringankan beban masyarakat bila tibanya musim perayaan ini,” katanya berucap pada program berkenaan pada Selasa.

Jelasnya melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dalat pihaknya dapat mengenal pasti 200 nama individu yang layak menerima bantuan berkenaan yang merangkumi barang keperluan harian termasuk beras, gula, minyak masa dan sebagainya.

“Terima kasih kepada Adun Dalat Datuk Fatimah Abdullah atas kesudian kali ini dan tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana memenangi pilihan raya negeri PRN-12.

“Kerjasama dari agensi kerajaan yang berkaitan amat penting dan kita ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada JKM Dalat, semoga kita terus dilindungi dari Covid-19, patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah turut menasihati masyarakat yang meraikan Krismas kali ini untuk terus patuh kepada SOP dan meraikannya dalam norma baru.

“Sempena sambutan Hari Krismas ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan taulan yang menyambut Krismas.

“Kita sama-sama dah dengar SOP yang keluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN)  iaitu kita perlu patuhi demi keselamatan kita demi keluarga kita demi komuniti kita.

“Patuhi SOP dalam pada masa yang sama kita menyambut Krismas dengan harapan kita akan sentiasa hidup dalam keadan harmoni dalam keadaan sihat selamat ceria dan bahagia,”ujarnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru