Tuesday, January 18, 2022

Menteri Kewangan wajar penuhi permintaan rakyat, kata Zahid

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa dalam keadaan hari ini amat wajar Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat agar skim i-Citra dilanjutkan.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), ini kerana secara tidak langsung wang itu akan dapat digunakan oleh mangsa banjir untuk kembali bangkit daripada kemusnahan.

“Bantuan kerajaan berserta RM10,000 wang KWSP pasti sedikit sebanyak membantu mereka ‘bernafas semula’.

“Manakala bagi yang tidak terjejas akibat banjir juga memerlukan wang berkenaan untuk bangkit semula dari kemelut ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk telah melawat beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kawasan terjejas akibat banjir di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Sayu hati melihat nasib mereka yang ditimpa musibah kerana rata-ratanya tinggal sehelai sepinggang. Banjir berlaku dengan pantas menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri serta keluarga,” katanya.

“Saya fikir kesemua mangsa banjir ini perlu dibantu sehabis baik untuk mendepani saat-saat sukar begini. Walaupun kerajaan telah mengumumkan sejumlah bantuan kewangan, tetapi itu harus diakui belum mencukupi,” ujarnya.

“Mangsa memerlukan modal untuk membina semula kehidupan selepas bencana ini berakhirnya sepenuhnya.Mencukupkan semula kelengkapan dan keperluan diri serta keluarga yang telah musnah akibat ditenggelami air iaitu kenderaan, perabot serta peralatan rumah, pakaian, makanan dan segala-galanya,” jelasnya.

Kelasnya, bagi peniaga pula perlu melengkapkan semua peralatan perniagaan untuk kembali mencari rezeki.

“Kumpulan Bank Dunia dilaporkan turut menyarankan kerajaan meneruskan bantuan pendapatan sedia ada bagi tempoh minimum enam bulan lagi.

“Ia demi memastikan kelangsungan sokongan kewangan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan rentan. Ingatlah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru