Thursday, May 19, 2022

Lebih 30,100 kes termasuk 29 kematian semalam

Secara Rawak

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 29 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah kes 31,221.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, enam korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Pahang mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Perak (lima), Kedah (empat); Johor, Selangor dan Terengganu (masing-masing tiga), Sabah (dua) serta Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 49,395 kes aktif dilaporkan, termasuk 338 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 186 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,728,203 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru