Thursday, May 19, 2022

Kemenangan untuk rancakkan pembangunan Dalat

Secara Rawak

DALAT: Ia adalah kemenangan bersama dan melalui kebersamaan inilah kita akan terus bekerjasama membangunkan Dalat, demi kesejahteraan rakyat di kawasan ini.

Demikian kata mantan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau mempertahankan kerusi Dun Dalat setelah memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sabtu lalu.

Beliau bersyukur kerana semua jentera parti GPS bekerja keras sebagai sebuah pasukan yang mantap. “Pelbagai strategi dan kaedah digunakan  untuk memastikan saya menang.

“Untuk itu saya ucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pengundi kita walaupun dalam keadaan cuaca kurang baik.

“Terima kasih juga kepada yang bukan pengundi di Dalat  yang  tetap memberi sokongan padu, doa dan kerjasama kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan Program Krismas Bersama Masyarakat, anjuran Petronas Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Dalat di Kompleks Kebajikan Dalat.

Statistik menunjukkan 93.9 peratus daripada 7,545 pengundi telah mengundi Fatimah. Beliau meraih 7,085 undi, dan menang dengan majoriti besar, 6,625 undi.

Manakala calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Salleh Mahali hanya meraih 460 undi. Kemenangan besar Fatimah di Dun Dalat memang sudah dijangka. Ia mengambil kira sumbangan dan bantuan beliau kepada penduduk di Dun tersebut sejak menjadi Adun di sini.

Malah beliau juga berjaya mentransformasikan Dalat sebagai antara pekan popular di kawasan Mukah yang sering dikunjungi penduduk dari sekitar Mukah, Matu, Igan, Daro dan sekitarnya. Dalat juga terkenal dengan nanas sawit, serta hasil pertanian kontan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru