Monday, May 16, 2022

FDA luluskan pil Paxlovid pertama di dunia rawat Covid-19

Secara Rawak

NEW YORK: Badan Pengawas Ubat dan Makanan AS (FDA) memberi kebenaran penggunaan pil antivirus buatan Pfizer iaitu Paxlovid sebagai yang pertama merawat gejala ringan dan sederhana Covid-19.

Penggunaan pil ini memerlukan pemantauan doktor dan diberikan
sesegera mungkin setelah diagnosis Covid-19 dan dalam tempoh lima hari setelah timbul gejala, menurut FDA pada Rabu.

Paxlovid ialah kombinasi ubat antivirus nirmatrelvir dan ritonavir dengan dos tiga pil diambil dua kali sehari selama lima hari bertutut-turut.

Pfizer sedia mengedarkan Paxlovid di AS yang dikatakan
90 peratus efektif mencegah kematian pesakit komobid.

Selain Paxlovid, pil Covid-19 farmasi Britain Merck, Molnupiravir, turut meminta penggunaan ubat tersebut untuk darurat kepada FDA.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru