Thursday, May 19, 2022

Lebih 900 tentera bantu mangsa banjir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Lebih 900 anggota tentera dari ATM terlibat dal;am Operasi Murni (Op Murni) menyelamat mangsa banjir di negeri terjejas.

Menurut Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, ATM memberi tumpuan kepada beberapa kawasan terjejas di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Op Murni melaksanakan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir, penyediaan dan pengagihan makanan, selain menyediakan logistik bantuan.

Setakat semalam, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, lebih 61,000 orang.

Pahang dan Selangor mencatat jumlah paling tinggi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru