Thursday, May 19, 2022

Kereta kuda bawa pengantin lelaki terbakar

Secara Rawak

GUJARAT: Dalam kejadian mengejutkan di Panchmahal Gujarat, sebuah gerabak kereta kuda yang dinaiki pengantin lelaki tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pengantin lelaki dan beberapa kanak-kanak berada di dalamnya, menuju dewan perkahwinan, diiringi sekumpulan penari yang menari sambil membakar mercun.

Tidak lama kemudian, gerabak itu terbakar dan mencetuskan panik orang ramai yang berada di situ, menurut DNA.

Mereka kemudian bergegas membawa alat pemadam api dari sebuah kedai berhampiran.

Pengantin lelaki dan kanak-kanak keluar dari kereta tersebut tanpa sebarang kecederaan.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru