Monday, May 16, 2022

Dijangka tiga Timbalan KM Sarawak, Dr Sim isi kekosongan ketiga

Secara Rawak

KUCHING: Berapakah jawatan Timbalan Ketua Menteri dalam kabinet baharu yang diterajui Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  apabila kabinet dibentuk dalam beberapa hari lagi?

Adakah kekal status quo atau ditambah satu lagi menjadi empat?

Sebelum ini terdapat tiga Timbalan Ketua Menteri, iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dari PBB, dan seorang lagi, iaitu Presiden PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Ketika itu, PRS mempunyai 11 kerusi berbanding SUPP, tujuh kerusi.

Selepas kemenangan bergaya dalam PRN-12 pada Sabtu lalu, kedudukan parti tertua Sarawak yang dibentuk pada 1959 itu lebih kuat daripada PRS.

SUPP memenangi 13 daripada 18 kerusi yang ditandinginya manakala PRS menang kesemua 11 kerusi.

Jadi, dari segi angka, SUPP mempunyai kerusi lebih banyak daripada PRS.

SUPP hilang jawatan TKM setelah parti itu terpukul teruk  sepuluh tahun lalu, sehingga kedudukannya diambil alih oleh PRS.

Kali terakhir jawatan itu disandang Presiden SUPP ialah apabila Tan Sri Dr George Hong Nam dilantik ke jawatan itu dari 1996 hingga 2011.

Jika jawatan itu diberi kepada SUPP, PRS perlu menerimanya dengan hati terbuka, sama seperti ketika parti itu bersikap demikian ketika jawatan itu disandang oleh PRS sebelum ini.

Berdasarkan semua faktor, besar kemungkinan Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh  mendiang Dr James Masing.

Jadi, tidak akan ada empat jawatan TKM kerana itu dianggap terlalu sesak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru