Tuesday, August 9, 2022

Demi kelangsungan hidup, Mydin halalkan mangsa banjir ambil barangan pasar raya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam situasi darurat, mangsa mungkin terpaksa melakukannya demi kelangsungan hidup, Pengarah Urusan Mydin Holdings (M) Bhd, Ameer Ali Mydin menghalalkan barangan yang diambil orang ramai.

Dalam kenyataan media, selepas orang awam memecah masuk pasar raya Mydin Mart cawangan Sri Muda di Shah Alam, Ameer tampil mengikhlaskan hati, menghalalkan perbuatan tersebut demi berdepan kelaparan untuk kelangsungan hidup mangsa akibat bantuan yang tiba lambat.

Ameer mengaku turut bersimpati dengan kejadian banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih dalam krisis pandemik.
Cawangan Maydin Mart di Sri Muda Shah Alam dilaporkan turut musnah akibat banjir dan mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru