Thursday, May 19, 2022

43 kematian Covid-19, tiada korban di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia: (KKM) melaporkan 43 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,135 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, lapan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 10 kes, diikuti Johor (enam), Kedah (lima), Kelantan, Sabah dan Terengganu (masing-masing empat), Selangor (tiga), dan Pahang (dua).

Manakala  Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perak, Sarawak dan Labuan.

Sebanyak 52,218 kes aktif dilaporkan, termasuk 379 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 210 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini setakat ini ialah 2,721,544.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru