Tuesday, August 9, 2022

Stakan pusat e-sukan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Dewan Undangan Negeri (Dun) Stakan bakal menjadi pusat e-sukan pertama di Sarawak. Ahli Dun Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim memberitahu, perancangan dalam menubuhkan pusat tersebut sudah dijalankan sebagai respons terhadap permintaan tinggi golongan belia di kawasan tersebut.

“Ia merupakan agenda utama saya memandangkan Stakan, antara lokasi tumpuan belia dalam bidang sukan. “Saya akan cuba membawa pakar-pakar dari luar untuk memperkenal e-sukan dengan lebih lanjut memandangkan perkara itu merupakan salah satu permintaan anak-anak muda di sini,” katanya.

Datuk Hamzah Ibrahim

Jelasnya, sokongan terhadap perkembangan e-sukan di kawasan tersebut dilihat penting bagi memastikan pembangunan sukan berjalan seiring dengan arus pemodenan masa kini.

Di samping itu katanya, beberapa jawatankuasa permainan alat-alat tradisional dan kesenian juga akan diwujudkan bagi memastikan ia kekal sebagai sejarah di kawasan Stakan.

“Hasil pemerhatian yang telah dijalankan sebelum ini, saya melihat ramai generasi masyarakat pelbagai kaum masih berminat dan menyimpan alat-alat tradisional mereka.

“Jadi besarlah harapan saya untuk memastikan sejarah permainan alat tradisional di Stakan tidak dilupakan begitu sahaja. “Ia bagi memastikan anakanak muda mengenali sejarah yang bertapak di kawasan ini,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru