BINTULU: Memenangi kerusi DUN Dudong, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Sri Tiong King Sing sedia menunaikan janjinya kepada penduduk kawasan tersebut.
Di Facebooknya, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi pengundi dan meminta rakyat bersama-sama beliau berganding bahu memajukan Dudong, katanya menerusi hantaran di laman sosial
Tiong mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti 5,806 dengan jumlah undi 9,390, menewaskan tujuh calon lain.
Pada urutan kedua calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Wong Hie Ping memperoleh 3,584 undi, manakala dua calon dari Aspirasi dan Bebas, hilang wang pertaruhan.