Tuesday, June 28, 2022

Situasi banjir teruk di Semenanjung

Secara Rawak

PAHANG – Jumlah mangsa banjir meningkat pada pagi Isnin kepada 25,669 orang di 239 pusat pemindahan sementara di Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.

KELANTAN – Jumlah mangsa banjir seramai 3,801 orang daripada 1,098 keluarga.

Sebanyak 57 pusat pemindahan sementara dibuka Gua Musang, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

MELAKA – jumlah mangsa banjir meningkat 826 mangsa daripada 183 keluarga pagi ini.

PERAK – Tiga pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh Perak.

Jumlah mangsa banjir meningkat sebelah pagi kepada 242 orang.

NEGERI SEMBILAN – Mangsa banjir di Seremban dan Port Dickson meningkat 597 individu daripada 142 keluarga dengan 11 pusat pemindahan sementara dibuka pada pagi.

SELANGOR – Seramai 11,418 orang daripada 4,267 keluarga dipindahkan ke 74 pusat pemindahan sementara.

Sebanyak 73 jalan ditutup susulan banjir yang belum surut 4 pagi tadi.

TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir menurun kepada 288 orang daripada 68 keluarga pagi ini, berbanding 297 orang daripada 69 keluarga semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru