KUCHING: Pas Sarawak dalam satu kenyataan di Kuching mengatakan parti itu yakin penyokong PAS masih tinggi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.
Kenyataan menyebut PAS meraih undi kedua besar biarpun calonnya tewas kepada (GPS) pada PRN-12 lepas.
Calon PAS, Arifiazul Paijo meraih 2,058 undi berbanding penyandang kerusi, Razaili Gapor 3,769 undi dengan majoriti 1,711 undi.
Kenyataan tersebut turut menilai bahawa PKR tidak lagi diterima di Sarawak apabila calon dipertaruhkan di Beting Maro merupakan Pengerusi PKR Sarawak sendiri tidak mendapat perhatian pengundi.
Bahkan, kenyataan menyebut DAP menyedarinya serta tidak bersedia menggunakan lambang Pakatan Harapan pada PRN-12.
Sehubungan itu, ujar PAS, penyertaan PRN12 kali ini sangat penting untuk membuktikan bahawa jentera tempatan mampu mengharungi pilihan raya tanpa bergantung sepenuhnya dengan jentera negeri bantu dari luar Sarawak.
PAS Sarawak mengatakan: “Yang pasti Pas masih relevan di Beting Maro.”