Monday, May 16, 2022

Hamil luar biasa, janin ditemui di dalam hati

Secara Rawak

KANADA: Dalam satu kes kehamilan luar biasa, janin milik wanita berusia 33 tahun ditemui di dalam hatinya.

Menurut Doktor Michael Narvey dari Hospital Penyelidikan Kanak-Kanak Manitoba, Kanada, seorang wanita yang mempunyai sejarah mengalami pendarahan haid selama 14 hari mendapatkan rawatan di hospital mereka.

Hasil pemeriksaan yang doktor temui ialah kehamilan ektopik dalam hati wanita itu, lapor The Sun.

Kehamilan luar rahim adalah apabila telur yang disenyawakan, tidak tertanam di dalam rongga rahim sebaliknya tersangkut di tempat lain.

Kehamilan ektopik dalam hati amat jarang berlaku dan menurut Doktor Narvey ini merupakan pengalaman pertamanya menerima kes sedemikian dan memuat naik kisah luar biasa itu di media sosial.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru