Thursday, May 19, 2022

GPS menang besar bukti rakyat pilih kerajaan bijaksana

Secara Rawak

SIBU: Kemenangan besar dan bergaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu pengiktirafan rakyat atas segala pembangunan yang dibawa Kerajaan GPS.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, rakyat telah memilih dengan bijaksana dan kepercayaan yang diberikan kali ini menunjukkan betapa rakyat ingin terus menikmati segala pembangunan dan kemajuan yang dibawa Kerajaan GPS.

“Saya percaya GPS akan menunaikan segala janji yang termaktub di dalam manifesto pilihan raya kali ini untuk kepentingan rakyat.

“Rakyat akan menilai dan melihat sejauh mana  kerajaan melaksanakan segala inisiatif yang telah dijanjikan,” katanya mengulas kemenangan bergaya GPS dalam PRN-12 ini.

Katanya, rakyat boleh menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk melaksanakan agenda politik pembangunan demi kemakmuran bersama rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

“Kemenangan besar dua calon GPS di N.43 Daro dan N.44 Jemoreng bukti rakyat menghargai pembangunan yang dibawa oleh kedua-dua calon yang menjalankan amanah dengan baik,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat dapat melihat sendiri bagaimana perubahan yang berlaku di kawasan  mereka.

“Rakyat di luar bandar masih menagih pembangunan infrastruktur asas khususnya jalan raya kampung dan jaringan internet yang memuaskan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen, sentiasa bekerjasama dengan kedua-dua wakil rakyat untuk memastikan tiada yang tercicir daripada menikmati pembangunan

“Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri dan GPS atas kemenangan yang besar.

“Dan ternyata segala inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan GPS selama ini khususnya Program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dapat membantu rakyat dan rakyat berterima kasih serta menghargai keprihatinan Kerajaan GPS dengan menterjemah sokongan melalui undi yang besar kepada GPS,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru