Saturday, December 3, 2022

Dua kes varian Omicron dikesan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Dua kes Covid-19 di Sarawak telah disahkan sebagai varian Omicron, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurutnya, dua kes yang dikategorikan sebagai kes import A (jangkitan dari luar negara) merupakan warga Malaysia yang telah kembali ke Sarawak iaitu masing-masing dari United Kingdom dan USA.

“Kedua-dua kes telah memasuki Malaysia pada 11 Disember lalu melalui KLIA dan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sarawak setelah swab untuk RT-PCR diambil di KLIA.

“Keputusan RT-PCR telah dimaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak pada 16 Disember lalu dan aktiviti pengesanan aktif kontak rapat, termasuk kontak dalam pesawat, telah dijalankan serta merta oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,” katanya.

Jelas JPBN, walaupun kes telah dikuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan apabila memasuki Sarawak dari luar negara, risiko pendedahan mungkin berlaku sepanjang perjalanan ke Sarawak, termasuk dalam pesawat yang transit dari Negeri lain ke Sarawak.

Untuk makluman, terdapat peningkatan dalam bilangan kes impot A (kes yang mendapat jangkitan dari luar negara) yang telah dikesan di Sarawak pada bulan Disember 2021.

Dalam tempoh 1 hingga 18 Disember 2021, sebanyak 20 kes impot A telah dikesan melalui saringan semasa kemasukan ke Sarawak, berbanding dengan 18 kes sepanjang bulan November 2021.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru