Thursday, May 19, 2022

31,092 sudah meninggal, tiada kematian di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,092 kes.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan ialah 2,718,955 kes setakat ini.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, diikuti Sabah dan Terengganu (masing-masing tiga), Kedah, Pahang, Perak dan Selangor (masing-masing dua) serta Kelantan (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 53,482 kes aktif dilaporkan, termasuk 390 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 211 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru