Tuesday, August 9, 2022

Terkuburkah PH di Sarawak? Apakah faktor GPS menang besar?

Secara Rawak

Sabtu yang lepas, kita menyaksikan tersungkurnya Pakatan Harapan di Sarawak, dengan DAP cuma menang dua kerusi mewakili Pakatan Harapan.

Seramai 759,627 pengundi turun mengundi di seluruh Sarawak.

Jangkaan SPR ialah 70%, namun kerana faktor cuaca dan mungkin juga pandemik, hanya 60.67% keluar menentukan kerajaan Sarawak hari ini.

Kemenangan GPS, memberikan pelbagai petanda kepada kita. Pertama, rakyat Sarawak menerima GPS sebagai sebuah gabungan parti.

“Menerima” itu mungkin boleh diertikan dengan pelbagai definisi.

Kedua, rakyat Sarawak majoriti menerima kepimpinan sekarang sebagai pimpinan mereka.

Ketiga, rakyat tidak merasakan masalah prasarana asas sebagai kelemahan.

Keempat, orang muda juga merasakan GPS tiada masalah dengan isu di Sarawak, dan orang muda juga menyokong GPS.

Kelima, majoriti persaingan banyak penjuru tidak menyebabkan pecahnya undi GPS, melainkan memecahkan undi pembangkang sendiri. Satu manfaat besar diperoleh GPS apabila berlaku persaingan tiga penjuru lebih memberi impak positif kepada mereka.

Kekalahan Pakatan Harapan pula memberikan pelbagai persepsi yang boleh sama-sama difikirkan, antaranya benarkah orang Sarawak menolak parti Semenanjung.

Kedua, imej PH di Semenanjung, ketika kalah di Melaka disebabkan turunnya imej PH di mata rakyat berjangkit di Sarawak. Imej persepsi buruk PH juga digambarkan sebagai kegagalan PH memerintah.

Ketiga, PH tidak menampakkan kesatuan, malah PKR juga seolah-olah “bergaduh pada malam hari”. Amanah, DAP dan PKR tidak lagi menampakkan keseteruan yang kuat di mata masyarakat.

Kebencian masyarakat dengan DAP terutama mungkin ia memainkan isu panas dan sensitif.

Kemungkinan ini juga faktor orang Islam menjauhi PH secara keseluruhannya.

Amanah pula nampaknya seolah-olah ‘tidak cukup persediaan’ kali ini, walaupun Amanah tidaklah mempunyai isu dalaman, namun AMANAH dilihat melakukan kerja saat akhir bagi beberapa kerusi yang ditandinginya.

Keempat, GPS sebelum pengumuman pilihan raya aktif melakukan program dan aktiviti walaupun pada masa pandemik.

Inilah antara faktor kemenangan GPS dan faktor kekalahan PH di Sarawak.

Kemunculan parti seperti PSB pula seperti sengaja memecah undi PH terutama bagi undi DAP dan PKR. Selain itu PBK juga hanya untuk memecah undi.

Rakyat Sarawak kebanyakkannya sudah tahu akan kemenangan GPS ini, malah pembangkang pun sudah menjangka kekalahan mereka dengan pelbagai faktor di atas.

Sebanyak 60.67 peratus warga Sarawak memilih, majoriti mahukan GPS berkuasa lagi.

Projek air dan elektrik diharap bergerak di luar bandar, projek jalan raya didambakan dilaksanakan di luar bandar dan naik taraf di bandar.

Mudahan ia membawa untuk rakyat Sarawak.

Bagi YB yang terpilih, berintegriti dan beramanahlah menjalankan tugas.

Bagi yang belum menang, banyak kerja akar umbi yang perlu dilakukan dan semua itu memerlukan duit dan duit.

PH perlu menerima kekalahan ini sebagai hakikat dan muhasabah parti.

PH pernah menang seketika, kini PH tumbang sekali lagi.

Dua pilihan raya negeri, membuktikan pengundi muda sudah beralih arah.

Ulasan Bahtiar Mahidin

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru