Sunday, May 22, 2022

Rasmi, GPS menang 76 kerusi

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan penuh Pilihan Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) di mana Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendominasi dengan 76 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang empat kerusi dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dua kerusi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataannya berkata peti undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu telah selamat diterima pada Ahad.

“Bagi kerusi DUN Mulu, ia dimenangi Datuk Gerawat Gala dari GPS dengan majoriti 2,875 undi selepas meraih 3,731 undi.

“Pada PRN12 Sarawak, seramai 759,627 orang atau 60.67 peratus telah keluar mengundi,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi.

Terdahulu, SPR tidak dapat mengumumkan keputusan penuh pada 18 Disember kerana belum menerima peti undi dari kerusi DUN Mulu.

Ia susulan faktor keselamatan melibatkan petugas pilihan raya bagi menghantar peti undi ke pusat penjumlahan rasmi menggunakan helikopter.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru