Sunday, May 22, 2022

PRN-12 bukti parti Semenanjung disingikir pengundi Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Bekas Ketua Menteri Sabah menyifatkan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri (PRN) Ke-12 pada Sabtu sebagai bukti bahawa demokrasi berasaskan parti ialah asas  kemakmuran politik yang berterusan.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, persaingan politik antara parti, dan bukannya individu, untuk mendapat mandat ialah kunci kepada kestabilan.

“Ini adalah kerana parti atau gabungan yang menang boleh menentukan siapa yang membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam hantaran  ucapan tahniah kepada GPS di Facebooknya.

Ujar Salleh lagi, berdasarkan keputusan malam tadi, rakyat Sarawak lebih cenderung dengan parti dan gabungan tempatan seperti GPS dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berbanding gabungan parti di peringkat nasional seperti Pakatan Harapan (PH).

GPS memenangi 75 daripada 82 kerusi DUN setakat malam tadi, sekali gus yang terbaik dalam sejarah pemerintahan parti politik di Sarawak sejak 1969.

Namun, kerusi DUN Mulu, majoriti Orang Ulu yang belum diumukan keputusannya oleh SPR dijangka dimenangi GPS.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari  Tun Openg melakarkan pencapaian lebih baik daripada mantan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang meraih 72 kerusi daripada 82 kerusi pada 2016.

Pakatan Harapan (PH) mengalami kekalahan teruk apabila DAP hanya menang dua daripada 26 kerusi yang ditandingi manakala PKR pula kalah di semua 28 kerusi.
Amanah yang bertanding di lapan kerusi juga gagal menang sebarang kerusi, sama seperti  dialaminya pada 2016 apabila tewas di semua 13 kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru