Sunday, May 22, 2022

Prestasi  terbaik dalam sejarah PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pencapaian memenangi 75 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak dalam PRN-12 merupakan yang terbaik dalam sejarah PRN Sarawak  dalam tempoh 52 tahun sejak 1969.

Rekod yang dilakarkan oleh Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengatasi pencapaian mantan Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meraih 72 daripada 82 kerusi pada 2016.

GPS yang bertanding di kesemua 82 kerusi memenangi 75 kerusi, menurut SPR lewat malam tadi.
Namun, kerusi DUN Mulu yang belum diumumkan, dipercayai juga dimenangi GPS, menjadikan jumlah keseluruhan 76.

DAP yang bertanding di 26 kerusi hanya menang dua kerusi, iaitu di Pending dan Padungan, kedua-duanya di tengah-tengah bandar raya Kuching.

Manakala PSB yang bertanding di 70 kerusi hanya menang empat kerusi, iaitu Ba kelalan, Bawang Assan, Engkilili dan Batu Lintang.

Kesemua parti pembangkang lain, iaitu PBK, PKR, Aspirasi, Amanah, Pas, Sedar, PBDSB dan juga calon Bebas tidak memenangi sebarang kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru