Sunday, May 22, 2022

Menunggu keputusan rasmi DUN Mulu

Secara Rawak

KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) menunjukkan GPS memenangi 75 kerusi, PSB (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).

Manakala, satu lagi kerusi yang dipercayai dimenangi oleh GPS belum diumumkan secara rasmi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataannya berkata, keputusan pilihan raya kerusi DUN Mulu tidak dapat diumumkan atas faktor keselamatan petugas pilihan raya.

Menurut beliau, SPR mengambil kira faktor keselamatan petugas pilihan raya menaiki helikopter membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) bagi DUN berkenaan berikutan cuaca buruk dan terputus perhubungan jalan darat.

Keputusan bagi DUN tersebut akan diumumkan sebaik sahaja menerima peti undi nanti.

Semalam sekitar 10.40 malam Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal seterusnya dalam kemenangan bergaya GPS meraih 75 daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Abdul Ghani turut berterima kasih kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang PRN-12.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru