Tuesday, June 28, 2022

Mahu projek sudah lulus dilaksanakan secepat mungkin

Secara Rawak

BINTANGOR: Datuk Ding Koung Hiing menzahirkan perasaan gembira atas kepercayaan rakyat Meradong sehingga berjaya mempertahankan,kerusi berkenaan.

Koung Hing yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dengan undi sebanyak 6,827 undi menewaskan pencabar Hii Ru Yee dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) 3,465 undi; Yong Siew Wei dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) 809 undi dan Moh Hiong King Parti Bumi Kenyalang (PBK), 622 undi.

“Saya berasa sangat gembira, mendapat mandat baharu rakyat di Dun Meradong.

“Sudah pasti, saya bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh di samping memastikan semua projek yang sudah lulus akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga berusaha mendapatkan projek baharu untuk rakyat Meradong,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dun Meradong mempunyai seramai 18,156 pengundi berdaftar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru