Sunday, November 27, 2022

Maaf, GPS tidak mahu terima katak

Secara Rawak

KUCHING: Tiada ruang bagi politik katak untuk melompat ke dalam Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS tidak akan menerima politik katak dalam Kerajaan Sarawak.

“Kita tidak sukakan katak dan kita juga tidak mahukan katak. Beberapa katak juga buta,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemenangan GPS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 bermakna rakyat menerima baik dan memahami dasar-dasar GPS.

“Rakyat telah memberikan sokongan yang kuat kerana mereka inginkan kerajaan yang kuat.

“Kerajaan yang kuat dapat meneruskan usaha untuk mempertahankan hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang telah diluluskan di parlimen baru-baru ini.

“Ia merangkumi bukan sahaja Perjanjian Malaysia 1963 termasuk Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang juga sebahagian dari kandungan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Abang Johari juga berkata, beliau tidak tergesa-gesa untuk mengumumkan kabinet negeri dalam masa terdekat.

“Rakan saya adalah rakan yang baik. Apabila tiba masanya, kita akan umumkan kabinet negeri,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru