Tuesday, June 28, 2022

Lima maut kemalangan di Jalan Pakan

Secara Rawak

SARIKEI: Lima maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan kereta jenis Produa Bezza dan Toyota Hilux di Jalan Pakan Bintangor, petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah tiga lelaki dan dua wanita yang menaiki Produa Bezza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.40 petang.

“Nahas membabitkan seramai lima orang mangsa yang menaiki kereta Produa Bezza, tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa yang masing-masing berusia 27 hingga 59 tahun. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Klinik Kesihatan Pakan.

“Pada masa yang sama, pemandu Hilux yang berusia 28 tahun cedera parah dan dua penumpangnya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan.

Sementara, katanya lima mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Menurut saksi di tempat kejadian, kereta Perodua Bezza menuju ke arah Pakan manakala Hilux pula menghala ke arah Bintangor,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru