Sunday, May 22, 2022

Fazzrudin GPS Tupong, paling tinggi raih undi majoriti 11,209

Secara Rawak

KUCHING: Calon GPS N06 Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman menang bergaya di kerusi tersebut pada PRBN-12 kali ini.

Beliau menewaskan dua calon lain dengan meraih 12,544 undi (85.25 peratus).

Lawan Fazzrudin dari PKR Ahmad Nazib Johari memperoleh 1,335 undi (9.07 peratus.

Sementara Chan Haong Yen dari PBK memerpoleh undi tipis 836 (5.68 peratus)

Kemenangan ini menjadikan Fazzrudin pemenang paling tinggi undi majoriti iaitu 11,209 pada PRN-12 kali ini.

Di DUN Tupong kali ini, daripada 25,957 pengundi berdaftar, 56.59 pengundi keluar mengundi bersamaan 14,715 orang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru