Sunday, May 22, 2022

Demi keselamatan petugas, keputusan DUN Mulu ditangguh

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya gagal mengumumkan keputusan kerusi DUN Mulu pada malam keputusan PRN-12 Sarawak.

Menurut beliau ketika 81 kerusi sudah diketahui keputusannya pada malam pengiraan undi, kerusi DUN Mulu tidak dapat diumumkan.

Ini ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.

Pihak SPR enggan mengambil sebarang risiko keselamatan petugas pilihan raya yang menggunakan helikopter membawa dua peti undi berkenaan.

Dalam keputusan PRN-12 Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua setelah GPS menang bergaya membolot 75 daripada 82 kerusi.

PSB mendapat 4 kerusi dan PH 2 kerusi. Bagaimanapun menurut sumber tidak rasmi GPS mampu mempertahankan kerusi Mulu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru