Sunday, May 22, 2022

DAP hanya tinggal dua kerusi di DUN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Daripada tujuh kerusi dimenangi DAP pada PRN-11 pada 2016, kali ini menyaksikan DAP hanya dapat mempertahankan dua kerusi.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jien dalam kenyataanya akur dengan kehendak pengundi.

Beliau berkata, DAP akan membuat semakan dan sedia membuart pelarasan sewajarnya.

Chong sendiri menang di kerusi DUN Padungan setelah beralih angin daripada kerusi DUN yang tidak selesa baginya meraih kemenangan.

Di DUN N09 Padungan, Chong menang majoriti 1,198 setelah meraih 4,686 berbanding
Wee Hong Seng dari GPS 3,488, Raymond Thong Ee Yu dari PBK 930 undi dan Lina Soo dari Aspirasi 193 undi.

Satu lagi kerusi DAP yang dipertahankan kali ini ialah kerusi N10 Pending dimenangi Violet Yong Wui Wui dengan majoriti kecil 540 undi.

VIOLET meraih 5,188 undi, dikejar rapat Milton Foo Tiang Wee dari GPS
4,648 undi, Tan Kay Hok dari PSB 1,858 dan Teo Kuang Kim dari PBK 978 serta Chan Chee Hiong dari Aspirasi 204 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru