Sunday, May 22, 2022

Abang Johari umum barisan kabinet negeri dalam masa terdekat

Secara Rawak

KUCHING: Barisan kabinet DUN Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah semalam sebagai Ketua Menteri sekitar 10.40 malam setelah memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Dalam kenyataannya, beliau bagaimanapun tidak menyatakan masa spesifik pembentukan kabinet tersebut diumumkan.

“(Kita) tidak tergesa-gesa… kita sangat tahu rakan kongsi kita semua rakan kongsi yang baik… dan mereka memberi keyakinan tinggi kepada kita.. tiba masanya saya akan
umumkan kabinet saya,” ujar Abang Johari.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru