Sunday, May 29, 2022

Soon Koh menang, tapi kecewa PSB kalah teruk

Secara Rawak

KUCHING: Meski berjaya mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan buat kali ketujuh berturut-turut dengan majoriti 913 undi, Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh tetap kecewa selepas partinya mengalami kekalahan teruk pada PRN-12) Sarawak.

Soon Koh memperoleh 5,952 undi dikejar rapat oleh calon GPS Robert Lau Hui Yew 5,039 undi.

Daripada 70 kerusi ditandingi, PSB hanya mampu memenangi empat kerusi.

Beliau menganggap kekalahan tersebut berpunca daripada keadaan rakyat Sarawak yang tidak sedia menerima perubahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru