Sunday, May 22, 2022

GPS dijangka menang kerusi Mulu

Secara Rawak

KUCHING: Hanya satu kerusi, iaitu kerusi DUN Mulu belum diumumkan keputusannya setakat jam 11 malam tadi.

Bagaimanapun, SPR dijangka mengumumkan keputusan berkenaan pada hari ini.

Pada PRU 2016, kerusi majoriti Orang Ulu itu digenggam oleh calon GPS, Datuk Gerawat Jala.

Dipercayai, penyandang akan memenangi kerusi itu menewaskan tiga calon lain.

Calon  lain yang bertanding  ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Ricard Ibuh dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Son Radu.

Dalam PRN-11, Gerawat memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,708, menewaskan calon PKR dan DAP.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru