Sunday, May 22, 2022

Peratusan mengundi terendah dalam sejarah PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 55 peratus pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 4 petang semalam.

Setakat jam 12 tengah hari, peratusan mengundi adalah sekitar 38 peratus.

Sebanyak sekitar 1.25 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRN-12.

Proses pengundian sempena pilihan raya semalam  sedikit terjejas selepas beberapa kawasan di negeri ini mula dilanda hujan bermula awal tengah termasuk di Kuching.

Peratusan mengundi muktamad belum dikeluarkan oleh SPR dan dijangka hanya dikeluarkan butir lanjut hari ini.

Jika peratusan mengundi kurang daripada 60 peratus, ini bermakna ini merupakan yang paling rendah dalam sejarah PRN Sarawak.

Peratusan pengundian terendah sebelum ini ialah 63.22 peratus pada 2006 manakala yang tertinggi sebanyak 80 peratus pada 1969.

Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakan kawasan di Sarawak cerah pada sebelah pagi namun berlaku ribut petir pada sebelah petang.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi dan 3,555 saluran dibuka di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dibantu 46,565 petugas SPR.

Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon Bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru