Saturday, June 25, 2022

Tujuh jam redah sungai, jalan darat demi undi

Secara Rawak

LIMBANG: Mempertaruhkan keselamatan dan menempuh perjalanan yang panjang, bukan penghalang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Dayang Suraya Awang Hidup, 41, seorang guru mengajar di salah sebuah sekolah di Sabah menempuh perjalanan lebih dari tujuh jam untuk pulang ke Limbang.

Beliau menjelaskan, awal pagi dia sudah bertolak dari Sabah menuju ke Lawas yang mengambil masa sekitar empat jam.

Ujarnya, dari Lawas beliau terpaksa menggunakan perahu untuk pulang ke Limbang disebabkan tiket feri penuh.

“Dari Sabah saya memandu kereta menuju ke Lawas, kemudian menggunakan perahu menuju ke Limbang.

“Perjalanan lebih lima jam terpaksa ditempuhinya,” katanya semasa ditemui media selepas membuang undi.

Beliau mengakui sedikit bimbang akan keselamatannya, dua orang anaknya dan seorang anak buahnya kerana risiko tinggi apabila menggunakan perahu semasa musim tengkujuh.

“Biarpun keadaan cuaca tidak menentu dan laut sedikit bergelora, namun ia tidak menghalang misinya untuk mengundi demi pembangunan kawasan Limbang.

“Alhamdulillah semuanya selamat, tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Selain itu beliau turut menggesa kepada semua masyarakat untuk sama-sama keluar mengundi sebelum tamat pada jam 5 petang ini.

Beliau tiba di pusat mengundi Dewan Surau Kampung Limpaong pada jam 9.30 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru