Sunday, May 22, 2022

Terima kasih pengundi Samalaju – Majang Renggi

Secara Rawak

BINTULU: “Terima kasih kepada semua warga Samalaju yang telah memberi kepercayaan dan harapan untuk terus memilih GPS bagi memastikan Samalaju terus membangun,” kata Datuk Majang Renggi.

Menerusi hantaran di media sosial Facebook Pusat Khidmat Dun Samalaju, beliau berkata, kejayaan tersebut adalah milik bersama.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (Dun) Samalaju itu mengekalkan kemenangan selepas memperoleh 7,547 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Majang ditentang oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Reggie Suel, Parti Bumi Kenyalang (Leighton Manjah), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Tonny Ung Cheng Chak dan Baba Emparan mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) ini.

Beliau menang dengan majoriti 6,043 undi.

Tonny Ung memperoleh 1,504 undi, manakala Reggie Suel, Leighton Manjah dan Baba Emperan masing-masing memperoleh 1,496, 509 dan 199 undi.

PRN-12 merupakan penyertaan kedua Majang dalam pilihan raya di Dun Samalaju.

Pada PRN-11, Majang menang dengan majoriti 2,464 undi apabila memperoleh 5,456 undi menewaskan calon DAP, Baba Emperan yang memperoleh 2,992 undi dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Zharudin Narudin (447).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru