Saturday, June 25, 2022

Talib Zulpilip terus pegang kerusi Jepak

Secara Rawak

BINTULU: Penyandang lima penggal kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jepak, Datuk Talib Zulpilip mengekalkan kemenangan selepas memperoleh 6,277 undi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menang dengan majoriti 4,243 undi dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Raba’ah Tudin, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan Bebas, Tuah Kazan pada PRN-12.

Keputusan rasmi PRN-12 Dun Jepak menyaksikan Dr Rabaah memperoleh 2,034 undi, Stevenson dan Tuah, masing-masing memperoleh 587 dan 141 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru