Saturday, June 25, 2022

Stakan kekal milik GPS

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Stakan kekal milik Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas calonnya yang juga muka baharu, Datuk Hamzah Brahim di istihar sebagai pemenang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12.

Menang dengan majoriti 5,807 undi selepas meraih 7,854 undi.

Mengatasi tiga pencabarnya iaitu George Young Si Ricord Junior (PSB) dengan 2,047 undi, Leslie Ting Xiang Zhi (DAP) yang hanya memperolehi 524 undi dan Atet Anak Dego (PBK) dengan 415 undi.

Keputusan rasmi tersebut telah diumumkan Pegawai Pengurus PRN Dun Stakan, Mohd. Nizam Wang di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dun Stakan di Institut Pendidkan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan tepat jam 8.15 malam.

“Terima kasih kepada semu pengundi atas sokongan diberikan, sekali gus memberi mandat kepada saya untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan DUB Stakan,” ujar Hamzah ketika ditemui selepas pengumuman keputusan rasmi itu.

Sementara itu, dua calon Leslie Ting Xiang Zhi (DAP) dan Atet Anak Dego (PBK) hilang wang cengkeram masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru