Thursday, May 19, 2022

Service Sarawak mudahkan penduduk Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Penduduk di sini kini boleh mencapai perkhidmatan daripada pelbagai agensi melalui saluran perkhidmatan sehenti sepadu iaitu Pusat Service Sarawak yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, pada Jumaat.

Menurut Datuk Amar Jaul, Pusat Service Sarawak merupakan sebuah modal penyampaian perkhidmatan baru yang diterajui kerajaan negeri dalam menuju ke arah transformasi, penyampaian dan perkhidmatan berteraskan pelanggan.

Perkhidmatan mesra pelanggan yang berkonsepkan “One Goverment At Your Service” itu jelasnya terbahagi kepada tiga saluran utama iaitu Kaunter Sehenti Sepadu di Pusat Servis Sarawak yang terletak di Kuching, Sibu, Miri, Serian dan Sri Aman; Kiosk Servis Sarawak yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik yang mudah dikunjungi dan juga berbentuk digital di laman sesawang service.sarawak.gov.my atau aplikasi mudah alih Service Sarawak.

Bertempat di  Hotel Sri Simanggang, turut dilancarkan saluran Digital Service Sarawak yang menyediakan informasi perkhidmatan atas talian dan perkhidmatan bayaran secara sehenti sepadu.

Tambah Datuk Amar Jaul lagi, Pusat Service Sarawak memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk di kawasan itu dengan penyediaan 49 perkhidmatan dari 38 agensi.

Antaranya, bayaran air, api, cukai pintu, cukai tanah, bayaran balik pinjaman rumah perbadanan pembangunan perumahan Sarawak termasuk perkhidmatan bekalan air luar bandar (permohonan meter baru, pemotongan, dan penyambungan air).

Hadir sama, Residen Bahagian Sri Aman, Datuk Indit Bangai.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru