Thursday, October 6, 2022

Roy segak berbaju batik linut Melanau mengundi jam 7.45 pagi

Secara Rawak

MUKAH: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Tellian Royston Valentine tiba seawal jam 7.45 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak bagi membuang undi.

Royston hadir berpakai baju batik linut Melanau berwarna merah bersama-sama pengundi yang lain berbaris menunggu giliran.

Turut hadir ialah calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Dun Tellian Zainuddin Budug.

Dalam pada itu, ruang turut diberikan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada warga emas khasnya yang berkerusi roda.

Berdasarkan pemantaun Suara Sarawak di lokasi tersebut setiap prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya oleh pengundi dengan imbasan suhu dan pengunaan pensanitasi tangan turut dilaksnakan termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial.

Malah pada masa yang sama keadaan cuaca mendung namun tidak menghalang proses pengundian.

Tinjauan Suara Sarawak ke pusat mengundi di SK St Patrick Mukah, SJK Chong Boon dan Sk Datuk Awang Udin mendapati keadaan pengundian berjalan lancar dan semua pengundi mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun pada jam 9.30 pagi tadi hujan lebat mula membasahi beberapa kawasan pusat pengundian di Dun Tellian dan keadaan kembali reda pada jam 9.40 pagi membolehkan proses pengundian diteruskan oleh pengundi di sini.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru