KUCHING: Pengundi diseru tidak takut dan bimbang keluar mengundi dalam suasana pandemik sekarang.
Setiap pusat mengundi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang mencukupi memastikan keselamatan dan kesihatan pengundi yang datang mengundi.
Bagi anda yang datang mengundi jangan lupa membawa kad pengenalan kerana ia dokumen utama membolehkan anda menunaikan tanggungjawab.
Pengundi juga dilarang datang ke pusat mengundi menggunakan atribut dan memorabilia yang beridentitikan parti yang bertanding.
Pastikan juga anda mematuhi penjarakan fizikal dan segera tinggalkan pusat mengundi setelah selesai mengundi.