Saturday, June 25, 2022

Proses pengundian Meradong lancar dan tenteram

Secara Rawak

BINTANGOR: Proses pengundian berjalan lancar setakat ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan pengundi.

Tinjuan mendapati, cuaca semakin baik menjelang tengah hari sekali gus membolehkan pengundi turun menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Polis Daerah Bintangor, DSP Sekam Anoi ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kesalahan mengundi.

“Setakat jam 12 tengah hari berjalan lancar,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, beliau memberi jaminan, polis meningkatkan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang awam sepanjang proses pengundian berlangsung.

Difahamkan, daerah Meradong mempunyai 33 pusat mengundi yang sebahagiannya besarnya membuka operasi seawal jam 7.30 hingga 8.00 pagi.

Dalam pada itu, calon GPS Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Kueh Nai Fun datang ke pusat mengundi pada jam 8.30 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru