Saturday, June 25, 2022

Pertandingan paling banyak penjuru dalam sejarah PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak menyaksikan paling banyak parti dan pertandingan pelbagai penjuru paling banyak.

Sebanyak 349 calon layak bertanding dengan pertandingan empat penjuru tercetus di 33 buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini merupakan jumlah calon paling banyak dalam sejarah PRN Sarawak sejak 1969.

Pada PRN 2016, sebanyak 229 calon bertarung untuk merebut 82 kerusi DUN, termasuk 11 kerusi baharu susulan persempadanan kawasan pilihan raya.

Pertandingan dua penjuru berlaku di empat buah DUN, tiga penjuru di 13 buah DUN dan empat penjuru di 33 DUN.

Selain itu, pertandingan lima penjuru berlaku di 24 DUN , enam penjuru di tujuh DUN dan hanya satu DUN menyaksikan lapan calon bertanding sesama sendiri.

Dalam PRN-11, dua kerusi menang tanpa ditandingi, 35 kerusi menyaksikan dua penjuru, 28 tiga penjuru, 12 empat penjuru dan lima kerusi lima penjuru.

Dudong di tenga-tengah bandar Sibu menyaksikan pertandingan lapan penjuru, jumlah penjuru paling banyak dalam PRN-12.

Pertandingan banyak penjuru akan memberi kesan langsung kepada parti yang lemah atau kecil serta tidak dikenali.

Dengan itu, dijangka lebih banyak calon akan hilang wang pertaruhan kali ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan calon paling ramai iaitu 82 orang di kesemua DUN.

“Parti Bumi Kenyalang dengan 73 calon, Parti Sarawak Bersatu (70), Parti Keadilan Rakyat (28), Parti Tindakan Demokratik (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), Parti Amanah Negara (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (5), Parti Islam SeMalaysia (1) dan 30 orang calon bebas,” katanya dalam sidang medianya.

Seramai 37 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 50 calon berusia 40 hingga 49 tahun, 113 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun manakala 141 calon berusia 60 tahun ke atas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru