Saturday, June 25, 2022

Pengundi di Miri keluar mengundi

Secara Rawak

MIRI: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) di Miri berjalan lancar hari ini dengan kehadiran pengundi yang menggalakkan.

Cuaca mendung disekitar pusat menyaksikan para pengundi beratur seawal jam 7 pagi bagi menunaikan tanggungjawab memilih tampuk pemerintah negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri, calon Pujut Adam Yii Siew Sang tiba untuk membuang undi di dewan sekolah tersebut pada 7.51 pagi.

Kerusi Pujut mempunyai 27, 567 pengundi berdaftar dengan lapan daripadanya merupakan pengundi awal.

Bagi kerusi itu, Yii berdepan saingan lima penjuru menentang Bruce Chai (PSB), Leslie Ting (PBK), Chin Fen Siong (Aspirasi) dan Alan Ling (DAP).

Sementara di Piasau, calon GPS Datuk Sebastian Ting Chiew Yew tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang pada 7.45 pagi.

Untuk kerusi Piasau, Ting dicabar oleh empat lawan iaitu Teo Jia Jun (PSB); Hanim Jaraee (Aspirasi), Chung Siew Yen (PBK) dan Peter Hee (DAP).

Piasau mempunyai seramai 21,337 pemilih berdaftar dengan 399 daripadanya pengundi awal.

Manakala di Senadin, calon GPS Datuk Sri Lee Kim Shin dilihat berbaris bersama-sama pengundi lain di SMK Baru sekitar 7.45 pagi untuk membuang undi.

Adun Senadin selama lima penggal itu berdepan saingan lima penjuru menentang Marcua Hugo (DAP), Bobby William (PBDSB), Ngieng Sheng Chung (PBK) dan Lee Tze Ha (PSB).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru