Saturday, June 25, 2022

Pengundi, calon turun mengundi

Secara Rawak

PADAWAN: Keadaan mendung dan berkabus di kawasan Puncak Borneo di sini tidak menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Kira-kira 458 orang pengundi membuang undi di pusat mengundi SK Puruh Karu yang mempunyai dua saluran undi dibuka seawal jam 7.30 pagi.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil dan isteri Datin Lee Chai Fong antara pengundi yang menunaikan tanggungjawab di sini.

Kedua-dua pasangan itu tiba pada jam 7.30 pagi dan selesai membuang undi kira-kira jam 7.40 pagi.

DUN Mambong mempunyai 37 pusat mengundi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru