Saturday, June 25, 2022

Keluar awal mengundi, ambil peluang cuaca baik

Secara Rawak

KUCHING: Orang ramai digesa mengambil kesempatan keluar awal mengundi bagi mengelak cuaca buruk pada sebelah tengah hari dan awal petang.

Pada sebelah pagi cuaca diramalkan cerah di seluruh negeri Sarawak.

Jabatan meteorologi meramalkan cuaca di kawasan utara Sarawak meliputi Miri, Limbang dan Lawas cerah sepanjang hari hingga awal malam nanti.

Bahagian Kapit dan Bintulu pula dijangka hujan pada sebelah petang.

Manakala kawasan selatan dan tengah Sarawak dijangka dilanda ribut petir di kesemua bahagian pada sebelah petang hingga awal malam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru