Saturday, June 25, 2022

Karim mengundi di DUN Samariang

Secara Rawak

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjalankan tanggungjawab di DUN Samariang mengundi di Dewan SK Encik Buyong.

Beliau tiba di pusat mengundi 9.32 pagi bersama-sama isteri, Datin Seri Zuraini Abbdul Jabbar, mengundi di Saluran 2.

Karim ketika ditemui pemberita berkata, semuanya baik dan teratur serta beliau mengucap tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan ketua tempat mengundi.

“Harapan kita hari ini cuaca bagus. Perjalanan pengundian di semua tempat di Sarawak berjalan baik. Insya-Allah petang ini kita mengetahui siapakah kerajaan yang akan mentadbir Sarawak untuk lima tahun yang akan datang. Insya-Allah,” ujar Karim.

Karim calon GPS berdepan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) , Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pada PRN-11 Karim memangi DUN Asajaya dengan majoriti 4,078.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru