Saturday, June 25, 2022

Individu bergejala masih dibenar tunaikan hak mengundi di khemah khas

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak memilih hari ini dari 7.30 pagi hingga 5 petang di 1,866 pusat mengundi.

Saluran mengundi yang banyak memastikan setiap barisan mengundi tidak sesak dan dapat mematuhi SOP mengundi yang disediakan oleh SPR.

Memastikan 1.2 juta pengundi memilih selesa, masa mengundi dicadangkan dipamerkan dalam semakan lokasi mengundi melalui laman sesawang SPR.

Bahkan, memastikan setiap pengundi menunaikan hak masing-masing, sekalipun pengundi tidak sihat serta tidak melepasi saringan suhu badan, tetap dibenarkan mengundi.

Pengundi tidak sihat, disyaki Covid-19 atau bergejala Covid-19 dibenarkan mengundi dengan SOP ketat dan dipantau pegawai kesihatan di khemah khas yang disediakan di pusat mengundi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru